
Anonymous
5 tahun
Masalah haid yang tidak teratur dan berpanjangan
Saya seorang wanita berumur 38 tahun dan telah berkahwin. Sejak kebelakangan ini, saya mengalami haid dalam tempoh masa yang panjang. 3 hari pertama aliran darah haid memang banyak, tetapi hari-hari yang berikutnya sekadar tompokan kecil dan ianya berlarutan sehingga 2 minggu. saya selalu mengalami sakit atau sengal badan seperti menyucuk dan adakalanya berasa kebas terutamya dalam tempoh haid. Tapak kaki terutamanya sebelah kiri akan berasa sakit. Saya juga mengalami sakit di bahagian belakang pinggang hingga ke pagkal paha. Kadang kadang rasa nak demam. Saya sering merasa sakit selepas berhubungan dengan suami. Adakalanya terdapat sedikit tompokan darah yang keluar.
Untuk pengetahuan doktor, selepas melahirkan anak pada 11 tahun yang lalu, perut saya agak buncit. Bila rujuk dengan doktor, katanya sebab angin. saya ada juga rujuk dengan pakar dan scan untuk tahu ada cyst, fibroid atau sebagainya. tapi hasil scan, didapati rahim saya ok tiada semua itu cuma dinding rahim agak tebal.
Emosi saya agak terganggu bila memikirkan hal ini. Untuk pengetahuan doktor juga, saya ada gastrik yang agak teruk.
Saya mohon pertolongan doktor untuk menjelaskan perkara ini.
Sekian, terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda,terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan.Disebabkan gejala/masalah yang anda alami memerlukan perhatian dan perbincangan yang teliti dengan seorang doktor, anda amat disarankan merujuk masalah ini kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami supaya kami boleh bantu anda untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta memberi rawatan yang sesuai. Terima kasih.