Sulit
4 tahun
Masalah haid yg berpanjangan
hi dr, umur saya 20 tahun dan masih belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan seks . 2 minggu sebelum haid ,saya mendapati perputihan saya bercmpur dgn berdarah dan sekarang sudah lebih 14 hari saya uzur tapi still ada keluar darah tapi tidak banyak . dr bole saya thu ubat apa yg perlu saya beli tanpa perlu pergi ke klinik . terima kasih , kalau boleh saya memang taknak pergi klinik. saya harap dr dpt membantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang ubat berdasarkan soalan sahaja kerana pemeriksaan doktor perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum diagnosis perlu diketahui. Oleh itu, kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































