
Sulit
4 tahun
Masalah haid yg tidak normal
Doktor saya datang haid ttp tidak ada darah langsung. Cuma ad lendir merah saja. Lendir merah yang kluar bercampur dgn lendir putih

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid yang bercampur lendir.
Untuk pengetahuan anda, cecair lendir adalah perkara biasa yang berlaku kepada wanita. Cecair ini biasanya bertindak sebagai pengimbang pH vagina bagi mengelekkan pertumbuhan jangkitan kulat atau bakteria. Cecair ini juga mungkin keluar bersama sama darah haid anda pada awal kitaran.
Namun sekiranya gejala lain datang bersama cecair ini, sila berjumpa dengan doktor:
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
- Sakit
- Gatal
- Ketidakselesaan
- Darah bukan darah haid
- Haid tidak teratur atau tidak hadir
- Ruam pada kemaluan
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Bau yang kuat dan busuk
Anda masih risau tentang cecair yang keluar ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda masih ragu ragu dan risau tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.