Sulit
6 tahun
Masalah hormon atau ada potensi mengandung?
Saya ingin bertanya. Saya mengambil pil yasmin pd hari ke tiga saya period iaitu pd 14 July 2019. Sehinggalah hbs pil yang ke 21 pada 3 hari lepas (3 Ogos 2019). Sehingga kini saya masih belom ada period. Adakah saya mengandung atau ia tanda biasa yang disebabkan oleh perubahan hormon? Saya ada melakukan hubungan bersama suami tanpa sebarang perlindungan pada hari ke 13 dan 14 semasa pengambilan pil yasmin. Adakah saya ada potensi untuk mengandung? Sekiranya saya ada potensi tersebut, bila saya boleh menggunakan UPT untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika anda tiada kedatangan haid selepas tamat pengambilan pil Yasmin ianya boleh disebabkan:
- Kesan pil yasmin
- Anda mungkin mengandung - anda boleh menggunakan ujian UPT pada 1-2 minggu selepas anda bersama suami anda
Anda dinasihatkan untuk menyambung semula pengambilan pil ini selepas tamat tempoh rehat yang disarankan oleh pek pil tersebut jika anda tidak mahu hamil. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































