
Anonymous
6 tahun
Masalah hormon atau masalah lain?
Doc boleh bantu saya tak doc, bulan lepas saya period 3hari sahaja dan sangat sedikit. Selepas tu saya hadapi keputihan yang banyak sangat bukan seperti biasa, badan saya lemah semacam, breast terasa berat dan membesar, puting bersisik, lenguh lenguh badan dan pinggang, mual. Saya ni dah check upt hampir 3kali bulan lepas (every week) dan 2kali bulan ni pada minggu yang berbeza tapi semua upt yang saya check tunjuk -ve. saya pergi klinik ingatkan saya salah. tp doc pula bagi saya pil turun darah 2weeks ago tapi still darah tak keluar juga. sampaikan saya pergi klinik lg untuk scan rahim. bila scan doc kata saya tak pregnant sebab takde kantung pun. dia suruh buat upt juga. keputusan pun sama lagi -ve juga. (6kali upt - ve) so doc decide suntik untuk cepatkan haid memandangkan doc kata doc sure 200% yang saya tak mengandung sebab check banyak kali keputusan sama negetif, scan pun takde kantung. so sebenarnya apa masalah saya doc? kalau bukan saya mengandung, saya sakit apa doc? saya keliru.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Masalah ini adalah perkara yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Anda mungkin menghadapi situasi yang dinamakan haid tidak teratur. Terdapat pelbagai punca masalah ini antaranya:
- Ketumbuhan fibroid atau polip di dalam rahim
- Masalah polycistic ovari
- Ketidak seimbangan hormon akibat ubat-ubatan atau penyakit lain
- Masalah kalenjar tiroid
- Ia juga boleh disebabkan oleh masalah berat badan, tekanan dan aktiviti fizikal yang berlebihan
Rawatan bagi masalah ini biasanya adalah:
- Pil kontraseptif yang mengandungi hormon
- Ubat yang boleh mencetuskan ovulasi
- Terapi hormon estrogen
- Pembedahan membuang fibroid atau polip
- Pembedahan membuang kalenjar pituitari sekiranya masalah haid tidak teratur adalah disebabkan oleh kanser pituitari
Anda perlulah merujuk kepada doktor jika haid anda masih tidak datang selepas suntikan tersebut. Pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.