
wardahamarudin
5 tahun
Masalah hormon dan berat naik mendadak
Hi doktor, sebelum berkahwin period saya sangat regular tetapi selepas berkahwin period saya tak regular, untuk tahun ini saya cuma period dua kali sahaja itu pun selepas saya makan ubat turun darah yang doctor berikan, apakah hormon wanita akan berubah selepas berkahwin? Berat saya jugak naik mendadak selepas berkahwin walaupun saya makan macam biasa. Adakah hormon suami mempengaruhi hormon saya,ini kerana bila period tak kunjung tiba badan saya rasa lesu dan mudah sakit. Apakah supplement yang dapat membantu hormon saya kembali normal semula ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur: Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran di sepanjang peringkat usia
- Berat badan dan diet: Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan: Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu padat
Terdapat beberapa cara lain untuk memastikan anda
- mengawal berat badan dengan pemakanan yang rendah karbohidrat, minyak, lemak dan garam
- aktif secara fizikal dengan senaman
- terdapat supplemen dan ubatan untuk maslah lambat haid ini, tetapi anda mmerlukan konsultasi doktor dahulu untuk menentukan cara apakah yang bersesuaian dengan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.