
Sulit
3 tahun
Masalah hubugan dengan suami ketikah bersama tidak berasa ghairah adakah boleh megandung?
Assalamualikum dr ketika bersama suami tidak berasa ghairah adakah saya boleh megandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami mengenai kekeliruan anda iaitu adakah boleh mengandung jika suami tidak berasa ghairah ketika bersama.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku apabila terdapat pensenyawaan antara sperma dan ovum. Jika sperma dilepaskan ke dalam kemaluan dan memasuki rahim serta berlaku pensenyawaan, maka kehamilan boleh terjadi kerana perasaan tidak ghairah tidak akan menghalang kehamilan. Melainkan jika tiada sperma dihasilkan.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai kehamilan, anda boleh melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu haid lewat.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.