
Sulit
4 tahun
Masalah hubungan intim bersama suami kerana perasaan yg terlalu takut walau pun da cuba Mel awak Tp masih lagi x berjaya
Hi Dr. Sy da berkahwin 4 bulan dan masih belum berjaya utk melakukan hbgn kelamin, kerana terlalu takut. Pelbagai cara da guna, beli ubat tidur Di farmasi, tp masih x berjaya. Emosi Sy da mula rasa terganggu kerana husband da mula mendesak. Sy faham itu penting dlm rumah tanga. Sy minta tlg pendapat drpd Dr.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikologi kerana bidang mereka juga merangkumi perhubungan suami isteri dan hubungan intim. Ianya memerlukan maklumat dan permahaman yang lebih mendalam oleh doktor pakar supaya boleh mengatasi masalah anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor psikologi atau psikiatri. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.