
Sulit
3 tahun
Masalah hubungan seks dengan isteri
Isteri tidak ghairah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh isteri. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- simptom perimenopaus (biasanya ada dengan simptom lain seperti hilang mood, spotting, berasa panas sekitar tubuh, berasa lesu berbanding dahulu)
- kurang minum air
- masalah seperti kemurungan dan anxiety disorder
- vulvovaginitis (jangkitan pada kemaluan luar)
- penyakit autoimun sseperti Sjogren syndrome
- kelenjar pituitari yang tidak aktif
Buat masa sekarang, saya mengalakkan puan untuk menggunakan lubricant (pelincir) ketika berhubungan kerana berhubungan ketika vagina kering boleh meningkatkan risiko untuk vagina luka sehinggalah puan berjumpa pakar perubatan atas masalah puan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.