
Anonymous
6 tahun
Masalah ikhtiar hamil
Hi dr. Saya mahu bertanya… Saya sudah kawen hampir 2 tahun… Saya sudah berusaha untuk hamil selama 1 tahun lebih. Tapi sampai sekarang masih belum peluang mempunyai anak… Walhal period saya tiap2 bulan datang. Xtahu mana silapnya… Boleh dr tlg bantu saya…xtahu dah mcam mana caranya. Asid folic dah makan lama sudah4

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak penyebab kesukaran untuk hamil. Untuk mengetahui penyebabnya, anda haruslah merujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar, maklumat lengkap tentang anda, pemeriksaan kesihatan dan juga ujian berkenaan boleh dilakukan untuk mengetahui punca masalah ini.
Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.