
normawarni
2 tahun
Masalah injap jantung terbuka
Adakah masalah injap jantung terbuka blh menjadi serius dan memerlukan pembedahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, dalam organ jantung terdapat empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja.Masalah injap bocor atau terbuka akan menyebabkan injap tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang.
Faktor serius atau adakah masalah ini memerlukan pembedahan adalah berbeza mengikut injap dan umur. Kami memerlukan maklumat lanjut tentang masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.