Sulit
4 tahun
Masalah jantung atau paru paru serta pengesanan melalui stethoscope
Saya ingin bertanya,apakah orang yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru boleh dikesan melalui stethoscope?Jika doktor mengatakan tidak ada masalah pada bunyi degupan serta nafas apakah itu benar-benar bererti tidak ada masalah?terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, seseorang doktor akan membuat kesimpulan setelah memperolehi pelbagai maklumat dari pesakit. Pemeriksaan menggunakan stethoscope merupakan salah satu. Akan tetapi saya yakin kesimpulan beliau disokong dengan sejarah kesihatan serta gejala yang sedang anda hadapi dan ujian lain. Bukan hanya dengan mendengar bunyi pernafasan anda. Sekiranya bunyi pernafasan serta jantung anda baik dan permeriksaan lain tidak menunjukkan apa-apa abnormal, ianya selamat untuk membuat konklusi bahawa anda tiada masalah dengan paru-paru dan jantung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























