
Sulit
5 tahun
Masalah jantung berdegup laju
Hi doctor. Saya ingin tanya. Saya buat pemeriksaan kesihatan dan pada waktu itu doctor yg merawat saya bagitahu yang jantung saya berdegup laju dan beliau meyuruh saya untuk ambil darah. Result darah okay. Doctor itu assume saya mengalami masalah hyperthyroid dan menyuruh saya mengambil darah buat kali kedua untuk dihantar ke lab untuk mengetahui masalah tersebut. Tapi pada waktu itu saya batuk. Adakah punca jantung saya berdegup laju itu kerana saya batuk? Thankyou doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk boleh menyebabkan degup jantung laju, akan tetapi tidak selaju degup jantung hipertiroid. Antara beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.