
Sulit
3 tahun
Masalah jantung dan sakit dada
Saya lelaki berumur 19 saya dilahirkan secara pramatang adakah saya boleh mengalami sakit jantung?? kerana saya mempunyai sakit dada yang luar biasa sejak kebelakangan ini dan degupan jantung saya tak teratur dan dada saya terlihat jantung saya kerana saya terlalu kurus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, individu yang lahir pramatang mempunyai risiko untuk mendapat masalah jantung. Bagi gejala yang dinyatakan oleh anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit dada dan degupan jantung yang tak teratur:
- Masalah jantung
- Hipertiroidisme
- Perentakan jantung yang tidak normal (arrhythmia)
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, sukar untuk kami katakan punca sebenar gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah sakit dada boleh berpunca daripada perkara yang serius dan memerlukan perhatian anda dan doktor dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.