
liyanaamira58
5 tahun
Masalah jantung tak boleh nak bernafas
hello doc,
jantung sy kadang2 suka berdebar tak tentu masa,dlm masa sama xbley nak nafas,sesak jgk.kdg rasa penat nak nafas,kdg tu rasa mcm jantung kena tekan…doc nak tnya klo kerap mandi malam ad kesan x,kdg klau mandi mlm rasa sejuk dkt dada…sy pun rajin mkn ais batu … satu lagi, kadang klo sy tidur,sy xboleh bangun secara terkejut,sy cpt jdi mcm nk pening,jntung jadi laju,sesak nafas,…terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah jantung berdebar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah hormon tiroid
- masalah jantung
- jangkitan dalam saluran darah
- umur yang meningkat
- sel darah merah rendah
Untuk makluman anda, tiada masalah untuk mandi malam, kerana ia boleh membantu anda untuk mudah tidur. Namun, jika anda merasakan dada anda kerap sejuk atau tidak selesa, anda boleh menukarkan waktu mandi anda.
Untuk semua lapisan umur, selepas bangun dari tidur, anda disarankan untuk mengambil masa sebelum terus berdiri bagi mengelakkan pitam, pening dan gejala yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.