
Sulit
5 tahun
Masalah jerawat dan Urticaria
hi doc.sy wanita berusia 27 tahun.mempunyai seorang anak. selepas bersalin saya diminta untuk ambil pil perancang.selapas setahun sy berhenti dan merancang sendiri. selepas saya stop ambil pil prncg,muka saya mengalami jerawat yang besar2 . setelah hampir setahun saya struggle dengan jerawat ni saya mencuba topicil solution. tetapi selepas tiga hari memakainya saya kena Urticaria di badan. last saya kena masa berumur 18 tahun. adakah ini side effect darpda topicil? perlukah saya menghentikan pengunaan topicil serta merta?dan apakah cara untuk menghentikan jerawat hormon ini? sebab jerawat ni naik tanpa henti di bahagian dagu. sekarang juga saya sdgkn mengamalkan suppliment minyak ikan dan zinc untuk masalah jrwt ini. tq in advnce doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah Urtikaria ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan kepada ubat-ubatan
- perubahan cuaca
- emosi yang tidak stabil
Memandangkan anda mengesyaki ubat tersebut menyebabkan urticaria yang anda hadapi, anda disarankan berhenti mengambil ubat tersebut untuk melihat jika urticaria akan kembali pulih atau sebaliknya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.