
Sulit
4 tahun
Masalah jerawat di kawasan muka
Saya wanita yang berusia 31 tahun telah mengalami masalah jerawat di kawasan muka seperti terutama di dahi, pipi dan dagu.Pelbagai jenis ubat jerawat telah saya gunakan tapi hasilnya kurang memuaskan hati saya. Jerawat akan hilang sekejap dan akan timbul semula di tempat yang sama. Apa yang harus saya lakukan ya. Terima kash.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat pasir juga adalah jerawat. Jerawat pasir atau nama lainnya comedone adalah bentuk lain kepada jerawat yang anda maksudkan.
Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
- penyakit wanita seperti Polycystic ovarian syndrome
- penggunaan pil hormon progesterone
- kesan sampingan ubat seperti steroid
- sindrom cushing iaitu penyakit tinggi hormon steroid
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi kami tentang ubatan yang sesuai untuk kulit anda. Terima kasih.