
Sulit
5 tahun
Masalah jerawat di muka berterusan
Saya mempunyai masalah jerawat banyak tumbuh di muka sejak bulan 7. Tetapi saya jenis muka bersih dan dalam kalangan keluarga kami, tiada satu orang pun berjerawat. Apa kah punca menyebabkan muka saya kebelaknagn sering di tumbuh jerawat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat boleh tumbuh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stres
- gangguan hormon
- kebersihan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.