
Sulit
4 tahun
Masalah jerawat pada dagu semakin teruk
Jerawat dekat dagu makin banyak , sebab peluh ke sebab saya pakai tudung atau sebab mask ? Any suggestions?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Rawatan masalah jerawat memerlukan disiplin yang tinggi dari segi penjagaan pemakanan, kebersihan wajah dan konsultasi bersama doktor jika berkaitan dengan ubat-ubatan.
Namun begitu, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang perkara ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!