
Sulit
3 tahun
Masalah kahak lebih dari 2 bulan dan degupan jantung laju walau dalam keadaan berehat
Salam sejahtera… saya perempuan berusia 20 tahun… saya mempunyai sedikit kerisauan di mana sejak bulan 4 yg lalu saya menghidapi batuk berkahak …namun saya anggap ia perkara biasa… tapi setelah beberapa hari, kahak saga seperti ada secalit/setitik darah…
Pada mulanya saya anggap mungkin gusi saya yg berdarah atau mungkin sisa makanan yg terlekat dalam mulut saya… namun ia berlaku dalam 10 hari, tapi bukan hari2 … apabila batuk saya da berkurangan saya anggap it’s normal. Tetapi kahak saya masih ada sehingga walaupun tidak batuk … dan seringkali jugak hidung saya dalam keadaan tersumbat…
Kemudian sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan degupan jantung saya tetiba laju walau dalam keadaan rehat… Dan dalam sebulan ni gusi saya selalu berdarah dan bibir saya terasa kering walaupun saya minum air kosong secukupnya… saya sedar perkara ini semua berlaku setelah saya menginap di kolej . Jadi adakah sebenarnya ini disebabkan faktor perubahan persekitaran atau faktor perubahan diri saya sendiri ?
Juga terlintas pada fikiran saya ketika saya melihat seperti ada tompokoan darah pada kahak saya bahawa adakah mustahil seseorang itu boleh dijangkiti oleh pesakit tibi setelah 20 tahun kerana arwah ayah saya meninggal dunia disebabkan tibi dan ketika itu saya masih lagi berusia 4 bulan… impossible ke untuk saya dijangkiti dan mendapat kesannya sekarang ?
Harap penjelasan dari pihak Dr. Thankyou in advance…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan gejala kahak berdarah dan degupan jantung yang laju. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kahak berdarah biasanya berlaku akibat luka pada saluran pernafasan yang mengalami keradangan (bengkak). Kahak yang banyak juga boleh berlaku akibat cairan dari hidung yang mengalir ke tekak. Sesetengah makanan seperti produk tenusu juga boleh meningkatkan keluarnya kahak.
Gejala lain yang anda nyatakan seperti jantung yang laju boleh belaku atas pelbagai sebab seperti perasaan cemas, bimbang atau masalah kesihatan seperti tiroid.
Anda juga menyatakan masalah bibir yang kering serta gusi berdarah, Ini juga boleh berlaku akibat pelbagai perkara seperti kekurangan zat tertentu.
Perubahan hidup apabila anda mula tinggal di kolej boleh menyebabkan gejala-gejala ini, namun masalah ini harus dirujuk kepada doktor agar maklumat dan pemeriksaan lanjut tentang kesihatan anda boleh dilakukan sebelum kesimpulan dibuat. Anda boleh bercakap dengan kami untuk konsultasi atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.