
Sulit
4 tahun
Masalah Kecelaruan Personaliti Dalam Kalangan Remaja
Boleh saya tahu adakah gejala Borderline Personality Disorder berkait rapat dengan gejala Dissociative Identity Disorder? Apakah ciri2 penghidap Borderline Personality Disorder dan Dissociative Identity Disorder? Serta adakah Borderline Personality Disorder boleh mengalami delusi dan halusinasi? Mohon penjelasan lanjut dari doktor. Terima kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, Borderline Personality Disorder (BPD) adalah penyakit yang ditandai dengan perubahan berterusan yang melibatkan mood, tingkah laku, dan ekspresi imej diri. Pesakit dengan BPD mungkin mengalami episod kemarahan, kegelisahan, dan kemurungan yang serius dan dapat berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari. Dalam konteks BPD, halusinasi berlaku hanya pada beberapa individu semasa mengalami tekanan. Dalam praktik klinikal, halusinasi yang dialami oleh pesakit dengan BPD sering disebut sebagai ‘pseudohallucination’ untuk menyatakan kecurigaan bahawa mereka tidak memenuhi syarat sebagai halusinasi yang tepat. Sementara itu, Dissociative Identity Disorder adalah penyakit yag juga dikenali sebagai Multiple Personality Disorder. Tidak semua orang dengan penyakit ini mengalami setiap gejala yang telah dijelaskan. Sebilangan individu hanya mengalami beberapa gejala, sementara yang lain mempunyai banyak gejala. Gejala boleh dipicu oleh peristiwa yang kelihatan biasa, begitu juga dengan tahap keparahannya.
Get a good rest with a restful sleep.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih