Sulit

5 tahun

Masalah kegatalan Vagina

saya wanita remaja berumur 22 tahun. Saya berasal daripada Kuala Lumpur. Kini masih melanjutkan pelajaran di universiti di Sarawak. Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah masalah kesihatan wanita. Saya mengalami kegatalan vagina yang melampau sejak 2 bulan yang lalu. Saya tidak dapat mendapatkan rawatan pada masa kini kerana isu PKP yang berlangsung sekarang. Saya hampir menangis kerana kegatalan yang saya alami tidak pulih walaupun pelbagai ubat yang telah saya cuba secara alami dan sebaliknya. Ia menganggu tidur saya dan aktiviti harian saya. Saya ingin kesembuhan dengan segera kerana saya tidak tahan dengan kegatalan yang saya alami ini. Saya risau ia akan menganggu masalah dalaman saya pada masa akan datang. Saya mohon sangat supaya doktor dapat membantu saya untuk masalah ini kerana ia semakin teruk dan saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyembuhkannya.

Salam sejahtera. Terima Kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:

  • Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
  • Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
  • Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
  • Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
  • Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
missv

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)