Anonymous
5 tahun
Masalah keguguran rambut dan cara atasi
Saya bertanya soalan bagi pihak tunang (lelaki) saya. Dia baru berumur 27 tahun tapi dia ada masalah keguguran rambut di bahagian tengah kepala. Sekarang dah mula nampak botak sedikit di bahagian tengah kepala nya. Dah bermacam jenis ubat yang dia cuba namun takde yang berkesan. Apakah masalah keguguran rambut yang serious ini juga berpunca dari penyakit keturunan sebab sebahagian besar keluarga belah ayah tunang saya memang botak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan. Keguguran rambut dalam kalangan lelaki/perempuan adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita .
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kekebasan di anggota badan kita termasuklah:
- genetik
- infeksi kulat
- Iron deficiency anaemia
- Syphilis
dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
- alopecia areata
- drug-induced alopecia
- male pattern baldness
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.





















