
Sulit
5 tahun
Masalah kelamin ade bintik putih di bhgn kepala zakar
Sye lelaki 26tahun.ade masalah pd kepale kemaluan saya ade biji putih.bila timbul sye picit bgi dia kelua.lps beberapa bulan dia ade lgi.dan seterusnya.xde rse gatal atau lain2.biase je.mntk tlg dokter.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.