
Anonymous
5 tahun
Masalah Kelamin Lelaki
saya lelaki umur 21 , berat 75. saya ada masalah di kepala zakar iaitu kepala zakar seakan kering dan tidak berkilat. apakah yang patut saya lakukan supaya kepala zakar berkilat seperti biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kepala zakar yang kering dan tidak berkilat tidak menandakan patologi/penyakit melainkan anda mempunyai gejala seperti kegatalan, ruam, sakit ketika kencing mahupun nanah pada zakar anda. Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.