
Sulit
5 tahun
Masalah kelopak mata jatuh
Saya wanita melayu berusia 31 tahun…mata kiri saya lebih kecil berbanding mata kanan smnjak lahir…(sepet sebelah)…saya sering berasa pedih pada mata sebelah kiri smjak 2 3 thun ini…pernah bertemu pakar mata disebuah hospital swasta…menurut pakar mata tersebut,kelopak mata kiri saya tidak terkatup ketika tidur menyebabkan selaput mata sering tercalar & terguris…setelah 4 sesi perjumpaan dgn pakar tersebut…hanya ubat mata yang sama dibekalkan…iaitu oitment & ubat titis mata utk melembabkan mata…
Adakah rawatan lain untuk permasalahan mata saya ini doktor…kerana mata saya akan kembali pedih & sakit apabila berhenti mgambil ubat mata tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kelopak mata jatuh boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kongential sejak lahir akibat masalah saraf yang berfungsi mengangkat kelopak mata
- Lazy eyes
- Otot pengangkat kelopak mata koyak akibat pembedahan, akibat gesekan mata terlalu kuat atau penggunaan lensa kontak
- Akibat trauma
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan mata anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Berbincanglah dengan doktor anda tentang diagnosis pasti dan ubat lain yang sesuai serta peluang untuk sembuh. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.