
Sulit
4 tahun
Masalah kemahilan saya
Sy nordiyana.umar 27thn…smlm sy cek upt 2line…ari ni sy kluar darah mcm period…adakah sy hamil atau pon tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera Nordiyana, terima kasih kerana menghubungi dan bertanyakan soalan kepada kami.
Kami faham mengenai kemusykilan anda tentang kit ujian kehamilan (UPT) tersebut.
UPT boleh menjadi positif kerana kit tersebut dapat mengesan hormon hCG pada air kencing anda dan terdapat beberapa sebab mengapa keputusan UPT boleh menjadi positif:
- Mengandung (dalam rahim ataupun di luar rahim)
- Keguguran
- Kehamilan kimia di mana telur yang berjaya disenyawakan tidak dapat diimplan pada dinding rahim kerana keadaan rahim yang tidak normal seperti fibroid, tisu parut pada rahim ataupun bentuk rahim yang tidak normal
- Kanser anggur ataupun dikenali sebagai Choriocarcinoma dalam terma perubatan
- Kesalahan pengguna di mana pengguna tidak menyemak tarikh luput kit tersebut ataupun membuat ujian terlalu awal.
Untuk menjawab soalan anda, darah tersebut berkemungkinan kerana berlakunya implantasi. Ianya sering dikelirukan dengan darah haid apabila implantasi berlaku berhampiran dengan waktu datang haid dan anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan lebih lanjut untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi doktor-doktor kami yang bertauliah di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian.