
Sulit
4 tahun
Masalah kemaluan selalu keluar cecair
Sye lelaki berumur 23,sye bile time bgn dari tidur mesti ada kesan cecair,nak kata air mani bkn sbb die xde pon ciri² air mani dan kdg² tu time kencing pon dia keluar,apa yg patut sye buat ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair yang keluar dari kemaluan yang anda alami boleh disebabkan:
Kebocoran air mazi
Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah bersetubuh
Jangkitan saluran kencing
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalan ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah