
Sulit
4 tahun
Masalah kencing berbuih
Saya berumur 44 tahun dan sering membuat ujian darah dan urine setiap 6 bulan sekali, perkara yg membimbangkan saya, setiap kali kencing saya berbuih, kadang sikit dan kadang banyak, ujian urine eGFR >60 adakah buah pinggang berfungsi dengan baik atau saya perlu membuat ujian sekali lagi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Umumnya kencing berbuih boleh disebabkan oleh kandungan air kencing yang pekat (normal, namun tabiat menahan kencing adalah tidak bagus untuk kesihatan secara umumnya). Justeru, ia juga boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh yang lain, anatranya adlaah:
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- kadar protein yang tinggi
- gangguan buah pinggang
- penyakit batu karang
- dan lain-lain
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).