
Anonymous
5 tahun
Masalah kencing ketika hamil
Hi Dr , saya wanita berusia 20an , saya hamil 5minggu . Sekarang saya terkucil sendiri . Adakah normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terkucil boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stress incontinence - akibat tekanan dalam perut yang meningkat
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.