
Anonymous
5 tahun
Masalah kencing kotor atau batu karang
Saya berusia 19 thn . Saya mengalami sakit seperti mencucuk di bahagian perut sebelah kiri sehingga pinggang dan kerap kencing . Saya telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan disyaki mengalami kencing kotor . Saya diberitahu oleh rakan-rakan sekeliling kemungkinan batu karang kerana simpton2 yg saya alami . Jdi soalan saya adakah saya mengalami kencing kotor atau batu karang dan saya ingin mengetahui cara untuk mencegah masalah ini . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor (urinary tract infection) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- batu karang
- keradangan pundi kencing
- wanita mengandung
- golongan yang sistem imun badannya lemah seperti pesakit HIV atau AIDS
Memandandangkan sebahagian besar kencing kotor dipengaruhi oleh jangkitan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mendeteksi penyebab pasti masalah anda serta mendapatkan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang terjadi. Langkah sederhana yang boleh dilakukan bagi mengurangkan keparahan kencing kotor adalah memperbanyak minum air.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.