Sulit
2 tahun
Masalah kepala zakar sejuk dan sakit serta adakah ia merupakan penyakit berbahaya
Saya berumur 17 tahun dan saya mengalami kesakitan pada kepala zakar serta kadang-kadang kepala zakar saya menjadi sejuk.adakah itu penyakit yg berbahaya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas saoaln anda.
Anda menerangkan bahawa anda mengalami masalah sakit pada kepala zakar dan kadang kala menjadi sejuk. Ini membimbangkan anda. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, kesejukan pada kepala zakar biasanya berkaitan dengan suhu persekitaran. Namun sekiranya kesejukan ini adalah rasa seperti kebas, kesakitan dan gejala sejuk yang anda alami mungkin berkaitan dengan masalah seperti kecederaan zakar, penyakit tertentu yang menjejaskan saraf atau masalah hormon testosterone.
kesakitan kepala zakar juga boleh disebabkan oleh masalah seperti radang, jangkitan seksual, batu karang dan lain-lain.
Untuk mengetahui puncanya dengan lebih lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi peribadi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.