
Sulit
5 tahun
Masalah kepala zakar terasa nyilu dan pedas
Saya lelaki 21 tahun masalah dah lama waktu bersunat pun dah memang macam begitu terasa nyilu dan pedas2*

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar yang nyilu dan pedas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Dermatitis seborrheic - sejenis keradangan bahagian kulit berambut
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.