
Sulit
3 tahun
Masalah keputihan banyak
saya wanita berumur 21 tahun , saya ada masalah keputihan yang sering keluar pada masa masa yang tertntu seperti sebelum haid , keputihannya berwarna kekuningan dan pekat . jumpa yang dikeluarkan pula banyak dan tak berhenti . adakah ini bahaya dan apa yang patut saya buat untuk hentikan masalah keputihan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah keputihan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan mengapa seseorang mengalami masalah keputihan. Antaranya adalah:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Bacterial vaginosis
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang memuaskan
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Cervicitis
- Vaginitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor