
Sulit
3 tahun
Masalah keputihan berwarna hijau tetapi tidak pernah melakukan hubungan seks
Saya dh pkai pencuci vagina dri klinik dan tidak pernah bersetubuh tetapi keputihan masih berwarna hijau . Adakah ianya berbahaya untuk remaja mcm sya?

4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala keputihan berwarna hijau. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- jangkitan bakteria
- penyakit kelamin
- jangkitan Trichomonas vaginalis
- ketidakseimbangan bakteria baik
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.