
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan dan antara jenis ubat di farmasi yang boleh dicuba
sy belum brkahwin n brumur 26 thn…sy mngalami masalah keputihan yg sgt teruk n brbau…kdang brlendir jernih n kdang2 pekat n sedikit bwrne kuning…bleh doc cdangkan ubat yg dijual di farmasi yg bleh sy cube untk mslah sy ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Penyakit kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Vaginitis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Mengenai ubat untuk merawat masalah ini, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang jenis ubat tanpa mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah yang disebutkan kerana setiap diagnosis keputihan mempunyai rawatan yang berbeza dan memerlukan preskripsi oleh doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.