
Sally
6 tahun
Masalah keputihan dan kegatalan yang teruk
Saya mengalami masalah keputihan yg teruk selepas melahirkan anak. faraj selalu rasa gatal, rasa pedih, tidak selesa menggangu aktiviti harian saya… faraj gatal tak kira masa, pagi, malam… sy pernah mendapatkan rawatan di klinik swasta, doktor beri vaginal tablet insert. Sy dah menggunakannya dua kali tetapi masalah yg sama masih berulang. Permukaan bibir faraj agak merah & luka kerana gatal akibat digaru. Apakah ubat yg boleh merawat masalah sy supaya tidak berulang lagi. Perlu krim sapu di kawasan bibir faraj ke untuk rawat masalah kegatalan?Bagaimana nak menghilangkan luka di bibir vagina kerana ia menggangu hubungan bersama suami, kawasan tersebut agk sensitif tidak boleh disentuh kerana luka tu akan jd semula walaupun sy merasakan sakit luka itu sudah tiada namun akan kembali luka / pedih bila di permukaan itu di sentuh suami utk rangsangan ketika bersama. Harap doktor dapat membantu.

6 tahun
Hi. Terima kasih di atas soalan anda. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti hubungan intim Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu perkara biasa yang berlaku sebelum kitar haid. Keputihan tanpa bau dan rasa gatal adalah normal. Ia dikirat tidak normal apabila lendiran berwarna kuning atau hijau, berbau, tebal dan juga rasa gatal pada bibir faraj.
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian alat sulit waita yang dikenali sebagai flora semula jadi. Antaranya adalah Lactobacillus yang sering ditemui pada bahagian kemaluan wanita. Masalah ketumbuhan bakteria berlaku apabila terdapat perubahan pada keasidan vagina seperti apabila menggunakan pembersih intim wanita, yang seterusnya membunuh bakteria normal yang sedia ada. Situasi ini menggalakkan pertumbuhan bakteria yang lain secara berlebihan menyebabkan sistem imun menurun.
Penyakit keputihan biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Dalam situasi anda, terdapat kemungkinan diagnosis yang salah atau anda kerap mendedahkan diri kepada pasangan yang mempunyai penyakit kelamin. saya sarankan anda dan pasangan bertemu dengan doktor kerana kedua-kedua memerlukan rawatan.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda. Daripada deskripsi kamu, nampaknya anda mempunyai masalah vaginal kandidiasis. Masalah vaginal candidiasis ini boleh dirawati dengan ubat antifungals yang boleh dimasukkan ke dalam faraj anda (vaginal pessary) ataupun memakan pils bagi tempoh yang tertentu. Jikalau anda mempunyai masalah vaginal candidiasis ini , anda mempunyai keberangkalian yang lebih besar untuk mendapat jangkitan pada masa depan. Oleh itu, kondisi kamu sekarang berkemungkinan berasal daripada jangkitan yang tidak dirawati dengan lengkap. Penggunaan vaginal tablet untuk dua kali mungkin tidak mencukupi untuk memulihkan hubungan simbiotik anta bakteria dengan yeast dalam faraj anda.
Anda perlu mendapat pemeriksaan daripada doktor anda untuk mendapat pengambilan ubat yang lebih efektif. Kamu juga perlu mengamalkan kebersihan alat kelamin anda untuk mengelakkan jangkitan sebegini pada masa depan. Amalan ini termasuk tidak mencuci alat kelamin anda dengan air ataupun sabun, tidak menggunakan pewangi di kawasan alat kelamin anda dan tidak memakai pakaian yang ketat dan berunsur kain sintetik. Memastikan faraj anda sentiasa bersih dan kering. Pada masa yang sama, amalkan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang seimbang, tidur yang mencukupi dan senaman yang konsisten. Semoga saya menjawab soalan anda.