
Sulit
5 tahun
Masalah keputihan Dan pendarah
Saya wanita dalam 20an. Saya mengalami keputihan yang teruk kebelakang ini. Baru baru ni Saya ada melakukan hubungan seks dengan pasangan. Sehari kemudian Saya dapati ada tompok darah keluar pada tuala wanita Saya. Tetapi Saya susah habis tempoh period seminggu yang lalu. Keputihan Saya itu kekadang berbau Dan berubah warna. Adakalanya ia gatal dia sekitar luar vagina. Apa perlu Saya buat untuk merawat? Siapa perlu Saya rujuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Manakala masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kekeringan (Vaginal dryness)
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.