
Sulit
3 tahun
Masalah keputihan putih plus kuning2 sikit ada gatal sikit2
Doktor saya dah hamil sebulan lebih keputihan saya putih plus kuning2 sikit kjb putih terus tu ada masalah ke doktor ada effect tak dekat baby saya risau pula ada gatal sikit2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah keputihan yang kekuningan disertai dengan masalah kegatalan. Anda ingin mengetahui mengenai masalah ini dan adakah keadaan ini akan memberi kesan kepada bayi anda. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Keputihan normal
- Ketidakseimbangan hormon
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Bacterial vaginosis (ketidak seimbangan bakteria faraj)
- Jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
- Jangkitan transmisi seksual ( Sexually Transmitted Infection )
- Radang pelvis ( Pelvic Inflammatory Disease )
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.