
Sulit
5 tahun
Masalah Keputihan selepas bersalin
Sya wanita dlm lingkungan 20an…sya baru shaja lepas bersalin ank sulung berusia 3mnth…selepas berpntg 44 hari…drh nifas sya sudah kering…pada hari ke 87 sya dapati keluaq cecair berwarna putih yg bnyk seprti air kencing bersama keputihan yg berwarna kuning sedikit sehingga sya trpksa memakai panty kerana air yg keluar kdg2 terlalu bnyk…cecair tersebut tidak berbau busuk…dan sya tidak mengalami maslh gatal atau ruam pada faraj sya…persoalannya adakah cecair tersebut betui2 keputihan atau sebaliknya…mohon penjelasn doc.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lochia
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.