
Sulit
3 tahun
Masalah Keputihan (vaginal discharge)
Hai doktor sy wanita berumur 17 tahun. Sy ade masalah keputihan yg teruk seperti vagina keputihan berbau, berwarna putih kuning kadang coklat dan keputihan yg terlampau banyak. Setiap hari sy wajib memakai pantyliner kalau tidak memang rasa tidak selesa. Selain dri itu sy ade dengar masalah cyst juga mungkin berkaitan dengan period yg pada awalnya pd hari 1dan 2 ianya keluar pd kuantiti yg banyak kemudian hari seterusnya agak sedikit sehingga boleh memakai pantyliner. Period sy juga kadang begitu tetapi sy tkde simptom muntah cuma kadang ade juga sakit di bahagia bwh perut sy. Alhamdulillah setakat ini sy oky cuma sy risau disebabkan masalah keputihan yg teruk ini boleh menjejaskan kesihatan sy. Ouh utk masalah keputihan sy sudah alami lebih kurang sejak sy berumur 14 tahun. Apakah saranan doktor kerana sy takut utk membuat pemeriksaan di hospital.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk makluman anda, masalah keputihan pada wanita boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
Keputihan fisiologik - yang mana adalah normal & mempunyai ciri-ciri seperti:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalanKeputihan patologik pula yang disebabkan oleh penyakit seperti
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan flora normal bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Umumnya keputihan patologik mempunyai ciri-ciri seperti
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Rawatan atau ubat bagi keputihan patologik memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan) - sekiranya sudah berkahwin
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
- pastikan tubuh mendapatkan nutrisi dan air yang cukup
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).