Sulit
2 tahun
Masalah keputihan yang dialami sejak 6bulan lepas
Hi doc,saya wanita berumur 25tahun dan sudah pun berkahwin. Saya ada masalah keputihan yg teruk di mana ianya berketul,kuning kehijauan dan berbau,ia amat mengganggu kerja harian saya dan terutamanya bila nak melakukan hubungan bersama suami. Masalah ini dah hampir 6bulan sebelum ini saya ada makan ubat yg diberi oleh doctor klinik puan tetapi tiada perubahan. Saya harap doc dapat bantu saya untuk pulihkan masalah ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Jangkitan kelamin seperti gonorea atau sifilis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala ini berlarutan dan mengganggu anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.