
liewmichelle93
4 tahun
Masalah kerap rasa loya kurang selera makan dan keletihan,pening
Saya wanita berumur 28 ,berat 41.3kg tinggi 146cm…sejak 19 November 2020, mula mula saya ada masalah pencernaan,kurang selera makan langsung tiada keinginan untuk makan,perut terasa kurang selesa kadang kadang ada sedikit sakit seperti dicubit tetapi dalam sekejap sahaja simptom tu… telah jumpa pakar gastroenterology liver dan ambil test darah FULL BLOOD COUNT,DIFFERNTIAL COUNTS,BUSE,LIVER FUNTION TEST,H PLRORI AB,THYROID FUNTION TEST,semua keadaan dengan bagus,ultrasound perut juga dalam keadaan bagus,doktor cuma beri ubat VOMETA 10MG,dari november hingga sekarang selalu kurang selera makan,berasa loya,pening,takut sejuk,penglihatan pun kurang jelas,kaki kebas sehingga menyebabkan saya stress dan risau hingga ketakutan hidap kanser…doktor, dengan keadaan begini ada saya risiko menghidap kanser perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kurang selera makan selepas masalah cirit birit anda. Terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang boleh hilang selera makan:
- Jangkitan usus atau keracunan makanan; faktor ini adalah faktor yang selalu ditemui disebabkan kelesuan akan menyebabkan seseorang kekurangan tenaga untuk bergerak termasuk makan
- Ulser gastrik atau perut
- Kanser usus
- Kanser perut
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya pucna sebenar dapat diketahui dan anda mendapat rawatan yang sesuai.
Sila berjumpa dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda seperti yang disebutkan:
- Najis bercampur darah (hitam ataupun darah baru)
- Muntah atau kahak bercampur darah
- Penurunan berat badan
- Kelesuan
- Masih hilang selera makan
- Sakit dada dan berdebar
- Pening kepala
- Gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda kami jaga. Terima kasih.