
Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan mengenai penyakit siplis
Assalam doc selamat pg. Sy alami ulser pada kemaluan, adakah ianya siplis. Dh la dlm 2 tahun masalah ni berlaku… Kalau betol siplis ada ubat x. Sekarang ulser pada kemaluan dh jangkit pada isteri sy. Tolong doc sy perlukan jawapan segera. Kalau boleh di rawat di mana sy perlu hadir utk mendaptkan rawatan

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Kadar proses penyembuhan ulser pada bahagian kemaluan memerlukan masa untuk sembuh, anda perlu dapatkan rawatan yang betul daripada doktor. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.