
Anonymous
5 tahun
Masalah Kesihatan Perut
Saya m’punyai seorang adik perempuan yang berusia 29 tahun,dan belum berkahwin.Dia seorang yang sangat menjaga pemakanan,tidak merokok atau mengambil sebarang jenis dadah mahupun alkohol.Mengalami gastrik dan migraine dari sekolah menengah.Cuma semenjak dari awal tahun 2019,dia mengalami masalah dalam perut.Berat badannya menurun hingga 60% dalam masa yang singkat tanpa sebarang diet ataupun senaman yang kuat.Beberapa rawatan dah dilakukan di klinik kerajaan,mulanya doktor fikir mungkin ada masalah dengan kelamin,tapi selepas lakukan semua ujian,tak ada satu pun yg positif.Doktor cakap,dia sihat dan bebas penyakit.Selepas tu,semakin hari,sakit dalam perutnya semakin teruk…Beratnya semakin menurun,tapi agak buncit di bahagian bawah perut.Suhu badannya tak menentu,dan setiap kali tidur,suhunya akan meningkat seperti seseorang yang mengalami demam panas.Dia sering muntah selepas makan.Tempoh untuk buang air besar cuma beberapa minit selepas makan… selalu juga dia mengadu sakit kepala.Tolong doktor,saya buntu.Saya tak pasti apa yang saya perlu lakukan.Saya risau kalau² adik saya mungkin stress kerja atau sebagainya…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan adik anda. Saya berharap adik anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang telah anda nyatakan terdapat beberapa sebab. Antaranya
-Tuberculosis usus
-Barah usus
-“Aneroxia bullimia”
dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang adik anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.