
Anonymous
5 tahun
Masalah kesuburan untuk kehamilan
Sy wanita dalam 20an dan baru sahaja berkahwin tidak sampai sebulan. Dr, macam mana sy nk tahu sy subur ke tidak ? Period sy tidak menentu , tetapi still period setiap bulan. Cuma tarikh dia tidak tetap. Hmm macam mana sy nk tahu hari subur sy ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan kiraan kitaran haid, kitaran haid normal adalah 21-35 hari.Tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Jika kitaran normal anda 28 hari, anda akan dapat haid setiap 4 minggu. Jika kitaran normal 22 hari, anda akan dapat haid setiap 3 minggu. Kitaran haid unutk setiap wanita mempunyai variasi. Daripada pengiraan tempoh haid anda, sejurusnya anda boleh terus mengira tempoh subur anda.
Anda juga boleh mencuba Ovulation prediction kit untuk menenetukan hari anda subur dan meningkatkan lagi peluang untuk anda hamil.
Saya sarankan anda berbicara dengan doktor jika anda mempunyai sebarang kemusykilan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.