
Sulit
4 tahun
Masalah ketinggian yang terbantut kerana mengikut genetic ibu bapa. Sebab saya ingin makan pills yang memberi kalsium pada badan saya Dan produk ini mempunyai kelulusan KKM. Saya ingin menambah ketinggian saya
Bolehkah saya makan ubat yang boleh menaikkan ketinggian saya. Produk yang mempunyai kelulusan KKM. Adakah ia akan memberi kesan buruk kepada tubuh saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kalsium adalah prasyarat untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan juga membantu kita untuk tumbuh tinggi. Ianya mendorong penyerapan kalsium yang diperlukan untuk menghasilkan tulang yang kuat dan membantu pertumbuhan serta mencegah penyakit seperti scurvy, sakit sendi dan anemia.
Produk kesihatan yang ada di pasaran mendapat kelulusan KKM kerana ianya adalah makanan tambahan dan bukannya ubat-ubatan. Produk seperti ini tiada kajian yang mendalam mengenainya tidak seperti ubat-ubatan hospital untuk mengetahui kesan baik serta buruk dan kebiasaannya bergantung pada testimoni sahaja. Oleh itu, sukar untuk saya mengulas mengenai makanan tambahan yang anda tanya.
Di samping itu, walaupun faktor utama yang mempengaruhi ketinggian seseorang adalah genetik, banyak faktor lain yang dapat mempengaruhi ketinggian semasa perkembangan, termasuk pemakanan, hormon, tahap aktiviti, dan keadaan perubatan. Oleh itu, ketinggian bukan satu perkara yang mudah untuk dimanupulasi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.