
Sulit
4 tahun
Masalah kitaran haid anak
Salam dok…sy nak btnya tentang ank sy yg brusia 10 tahun…dan dia dah mgalami haid utk kali pertama pada 5/8/20…tetapi pada bulan seterus nye dia tak period smp sekarang…kira nye dah 2 bulan tiada period…adakah itu normal dok? Sy risau andainya kitaran haid ank sy tak normal…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid tidak teratur adalah perkara yang boleh berlaku selepas seseorang mengalami haid yang pertama. Di dalam, perubatan di panggil anovulatory cycle. Perkara ini berlaku kerana badan mereka masih lagi mengubahsuai untuk perubahan kitaran haid. Apabila umur mereka semakin meningkat, kitaran haid mereka akan menjadi normal.
Namun begitu, jika anak anda tidak tidak datang haid selama setahun selepas haid pertamanya, pemeriksaan perlu dibuat oleh doktor. Doktor akan pertimbangkan penyakit sindrom polisistik ovari dalam hal di mana haid tidak datang.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!