
Sulit
4 tahun
Masalah Kitaran haid lambat selama 2 bulan , Last saya haid adalah pada bulan december yang lalu
saya wanita 19tahun dan sudah bersuami mempunyai masalah haid selama 2 bulan sudah tidak haid , last haid saya pada bulan 12 yg lalu. Saya sudah membuat pregnant test tetapi hasil nya negatif , boleh saya tanya apakah masalah nya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stress
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar anda mengalami masalah sedemikian dan kami amat sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang tidak kami sebutkan di atas.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.