
Anonymous
5 tahun
Masalah kulit bahagian kaki dan tangan
Saya wanita berumur 20’ an . Sejak kebelakangan ini di kulit Saya kadang2 timbul benjolan seperti gigitan nyamuk tetapi dlm bntuk yg besar. Area yg slalu muncul kaki & tgn. Dan ia amat gatal & meninggalkn kesan hitam. Apakah sbb perkara ini berlaku ? dan saya mohon untuk minta penyelesaian untuk perkara ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sesetengah kulit manusia lebih sensitif terhadap gigitan serangga seperti nyamuk dan boleh menyebabkan kesan pada kulit selepas sembuh.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.